PENERBIT USM MENANG DUA ANUGERAH MAPIM-KPT 2015

13083194_10209158302179046_514333686771717194_n

 

Penerbit USM memenangi dua anugerah di Majlis Anugerah MAPIM-KPT 2015 yang berlangsung minggu lalu di Kementerian Pendidikan Tinggi Putrajaya.

Menurut Pengarah Penerbit USM Akhiar Salleh, anugerah tersebut ialah Anugerah Editor Naskhah Terbaik (Sains, Teknologi dan Perubatan) dengan hadiah utama sebanyak RM8,000.00 dengan editor naskhah Pegawai Penerbitan Kanan Rosziana Radli untuk suntingan buku yang berjudul Pengenalan kepada Pencemaran Udara karya Abdul Rahman Mohamed, Lee Keat Teong dan Irvan Dahlan.

Rosziana Radli pernah memenangi dua anugerah yang sama dalam kategori Sains, Teknologi dan Perubatan dan kategori Kemanusiaan dan Sains Sosial pada tahun 2011.

Penerbit USM juga menerima Anugerah Editor Naskhah Terbaik (Kemanusiaan dan Sains Sosial) dengan Hadiah Penghargaan bernilai RM3,000.00. Editor Naskhah ialah Pegawai Perbitan Che Su Yaakub untuk suntingan buku yang berjudul Bon Pelaksanaan Dalam Kontrak Pembinaan karya Abdul Aziz Hussin.

Selain daripada Anugerah Editor Naskhah Terbaik yang dimenangi oleh Penerbit USM, kategori lain yang dipertandingkan ialah Anugerah Buku Terbaik, Anugerah Makalah Jurnal Terbaik, Anugerah Karya Suntingan Terbaik, Anugerah Buku Ilmiah Popular dan Anugerah Reka Bentuk Buku Terbaik.

Semua anugerah telah disampaikan oleh Menteri Pendidikan Tinggi Dato’ Seri Idris Jusoh. Yang turut hadir ialah Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Mary Yap Kain Ching, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi Dato’ Seri Ir Dr Zaini Ujang, dan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi Profesor Dato’ Dr Asma Ismail selaku Pengerusi Lembaga MAPIM.

Menurut Akhiar, pihaknya akan berusaha lebih gigih untuk menghasilkan penerbitan buku berkualiti tinggi untuk pasaran tempatan dan antarabangsa terutamanya melalui atas talian dan penerbitan buku elektronik (e-book).

Naib Canselor USM Profesor Dato’ Dr. Omar Osman mengucapkan tahniah kepada Penerbit USM dan para pemenang atas kejayaan tersebut – MPRC USM

Filed in: Aktiviti / Peristiwa

You might like:

NOTIS! Kerja-kerja proses permindahan data dari laman web lama ke laman web baharu Penerbit USM. NOTIS! Kerja-kerja proses permindahan data dari laman web lama ke laman web baharu Penerbit USM.
ENAM JURNAL USM TERIMA TARAF CREAM ENAM JURNAL USM TERIMA TARAF CREAM
[Pre-Order] Aplikasi Modul Pendidikan Kesihatan Reproduktif: Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran [Pre-Order] Aplikasi Modul Pendidikan Kesihatan Reproduktif: Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran
Proofreading 101 Siri 2 anjuran Penerbit USM mendapat sambutan hangat Proofreading 101 Siri 2 anjuran Penerbit USM mendapat sambutan hangat
© 2017 Penerbit Universiti Sains Malaysia (USM Press). All rights reserved. XHTML / CSS Valid.
Proudly designed by Theme Junkie.