Kategori Penerbitan Buku

 

  1. Kecetakan Akademik – karya ilmiah yang dihasilkan daripada kajian, penyelidikan atau pemikiran yang menyumbang kepada pembinaan ilmu dan diiktiraf sebagai karya yang bermutu tinggi melalui proses penilaian
    1. Karya Ilmiah Asli – karya yang dihasilkan sendiri oleh seseorang atau beberapa orang pengarang
    2. Karya yang Berasaskan Tesis – buku yang diolah atau ditulis berasaskan tesis atau disertasi
  2. Ilmiah Popular – karya asli yang bersifat ilmiah yang diolah sesuai untuk bacaan umum
  3. Monograf – karya ilmiah berbentuk buku tentang suatu subjek spesifik dan terhad yang didokumenkan secara terperinci dan biasanya dihasilkan oleh seorang pengarang
  4. Kreatif – karya kreatif asli yang bermutu tinggi dalam bentuk penulisan (seperti biografi, autobiografi, memoir, novel, cerpen dan puisi) dan seni tampak (seperti catan, lakaran, kolaj, fotografi) dengan penerangan bertulis yang mencukupi
  5. Penerbitan Khas
    1. Karya Sempena Peristiwa – karya yang ditulis sempena peristiwa bersejarah atau aktiviti penting yang signifikan kepada USM
    2. Karya Tokoh – karya oleh tokoh tertentu khususnya yang signifikan kepada USM. Karya ini akan dinilai melalui proses penilaian khas dan tidak melalui proses penilaian biasa
    3. Buku Mewah – buku berkulit keras yang mengandungi ilustrasi, gambar berwarna dan penulisan ringkas yang menampilkan fakta sejarah, maklumat menarik atau yang signifikan kepada USM, atau yang boleh meningkatkan imejnya
    4. Karya yang Diterbitkan bagi Pihak Tertentu – buku yang diterbitkan bagi pihak badan atau PTJ tertentu dalam USM yang bertanggungjawab terhadap penilaian manuskrip tersebut
  6. Buku Teks Universiti – karya genre buku teks yang bermutu tinggi dalam bidang tertentu peringkat universiti yang boleh digunakan oleh pelajar di kebanyakan institusi pengajian tinggi
  7. Buku Teks Pusat Pengajian – karya ilmiah yang dihasilkan untuk kegunaan kursus tertentu yang ditawarkan oleh Pusat Pengajian
    1. Buku Teks – buku teks untuk kegunaan kursus yang ditawarkan oleh Pusat Pengajian
    2. Himpunan Makalah – himpunan makalah yang belum pernah diterbitkan yang dapat digunakan sebagai bahan pengajaran dan rujukan kursus tertentu di Pusat Pengajian
  8. Karya Terjemahan – karya yang diterjemahkan daripada satu bahasa kepada bahasa lain. Ini boleh meliputi buku teks peringkat universiti, karya ilmiah, ilmiah popular dan sebagainya yang diperakukan oleh Universiti

 

 

© 2017 Penerbit Universiti Sains Malaysia (USM Press). All rights reserved. XHTML / CSS Valid.
Proudly designed by Theme Junkie.