Bahan-Bahan Yang Perlu Diserahkan

  1. Maklumat pengarang: salinan kad pengenalan, alamat perhubungan terkini, foto pengarang
  2. Manuskrip (bercetak atau digital)
    1. Jenis dan saiz fon: Times New Roman, 11 atau 12 pt
    2. Muka surat dinomborkan dari mula hingga akhir
    3. Berjarak ganda dua (termasuk nota, rujukan/bibliografi dan kapsyen rajah/jadual)
    4. Margin 1 inci di keliling muka surat (kiri/kanan/atas/bawah)
    5. Rajah/jadual
      1. saiz: 4.5 inci panjang x 7 inci lebar (pandangan menegak); 7 inci panjang x 4.5 inci lebar (pandangan melintang)
      2. diasingkan daripada teks, dirujuk dan ditanda kedudukannya pada teks
      3. dalam resolusi tinggi iaitu 300 dpi, atau jelas dan sesuai untuk percetakan
      4. diserahkan dalam bentuk fail asal yang boleh disunting
      5. disertakan nombor dan kapsyen yang sesuai
      6. disertakan sumber sekiranya dipetik daripada bahan lain
    6. Untuk semua karya kecuali karya suntingan, nota dan rujukan/bibliografi perlu diletakkan pada bahagian akhir manuskrip
    7. Cetakan dibuat pada sebelah muka surat (one sided) kertas A4 berwarna putih (untuk penyerahan manuskrip bercetak sahaja)
    8. Cakera padat dilabelkan dengan nama pengarang, tajuk manuskrip, perisian dan jenis fon yang digunakan (untuk penyerahan manuskrip bercetak sahaja)
  3. Keizinan bertulis daripada pemegang hak cipta atau pemilik asal untuk menerbitkan semula bahan dan perakuan (credit lines) (contohnya rajah, jadual dan petikan)
  4. Catatan khusus untuk bahan yang diserahkan (sekiranya ada): penggunaan perisian atau fon khas
  5. Abstrak dan kata kunci
  6. Blurb

 

Elemen umum yang perlu ada dalam manuskrip

  1. Bahagian awalan:

Muka surat tajuk

Muka surat kandungan

Prakata

2. Teks:

Pengenalan

Bab-bab

Penutup

3.Bahagian akhiran:

Lampiran

Nota

Glosari

Rujukan

Indeks

4. Kulit buku:

Maklumat ringkas pengarang

Blurb

 

Panduan gaya umum

  • The Chicago Manual of Style, edisi ke-16
  • Gaya mengikut bidang (MLA, APA, AMA, CSE)
  • Gaya lain (sila sertakan salinan panduan gaya)
  • Pastikan keselarasan bahasa, ejaan, tanda baca, penomboran dan sebagainya untuk keseluruhan manuskrip
© 2017 Penerbit Universiti Sains Malaysia (USM Press). All rights reserved. XHTML / CSS Valid.
Proudly designed by Theme Junkie.