SEJARAH PENUBUHAN

SejarahPenubuhan copy

Aktiviti penerbitan Universiti Sains Malaysia bermula pada tahun 1972 dengan tertubuhnya Penerbit Universiti Sains Malaysia di bawah Jabatan Perpustakaan. Pada mula penubuhannya, urusan penerbitan dilaksanakan oleh kakitangan perpustakaan secara sambilan. Semua dasar dan peraturan Penerbit Universiti Sains Malaysia ditentukan oleh Jawatankuasa Penerbitan Universiti (JPU) yang merupakan sebuah Jawatankuasa Tetap Senat. Jawatankuasa ini juga bertanggungjawab mempertimbangkan permohonan untuk menerbitkan buku yang diterima daripada pengarang dan pusat-pusat pengajian.

Semua aktiviti penerbitan yang dijalankan dibiayai daripada peruntukan tahunan Universiti. Buku pertama Penerbit Universiti Sains Malaysia, Sesayup Jalan (Zurina Hassan) diterbitkan pada tahun 1974. Sehingga November 2010, Penerbit Universiti Sains Malaysia telah berjaya menerbitkan lebih 700 tajuk penerbitan.

sesayup
Sesayup Jalan (Zurina Hassan)

© 2017 Penerbit Universiti Sains Malaysia (USM Press). All rights reserved. XHTML / CSS Valid.
Proudly designed by Theme Junkie.