Aktiviti penerbitan Universiti Sains Malaysia bermula pada tahun 1972 dengan tertubuhnya Penerbit Universiti Sains Malaysia di bawah Jabatan Perpustakaan. Pada mula penubuhannya, urusan penerbitan dilaksanakan oleh kakitangan perpustakaan secara sambilan. Semua dasar dan peraturan Penerbit Universiti Sains Malaysia ditentukan oleh Jawatankuasa Penerbitan Universiti (JPU) yang merupakan sebuah Jawatankuasa Tetap Senat. Jawatankuasa ini juga bertanggungjawab mempertimbangkan permohonan untuk menerbitkan buku yang diterima daripada pengarang dan pusat-pusat pengajian.

Semua aktiviti penerbitan yang dijalankan dibiayai daripada peruntukan tahunan Universiti. Buku pertama Penerbit Universiti Sains Malaysia, Sesayup Jalan (Zurina Hassan) diterbitkan pada tahun 1974. Sehingga November 2010, Penerbit Universiti Sains Malaysia telah berjaya menerbitkan lebih 700 tajuk penerbitan.

 
   
   
   
   
   
   
   
                   
                   

DASAR
Dasar Jawatankuasa Penerbitan Universiti adalah untuk memperbanyakkan penerbitan buku dan bahan ilmiah bermutu tinggi yang dihasilkan oleh para akademik dan cendekiawan bertujuan menambah khazanah ilmu, menyebar pengetahuan dan maklumat untuk manfaat manusia sejagat, dan mengangkat nama Universiti Sains Malaysia serta menyokong misinya.

VISI
Menjadi Penerbit ilmiah kelas dunia yang menerbitkan produk bertaraf antarabangsa dan menyokong kelestarian sejagat dengan menyebar dan memasarkan penerbitannya secara global.

MISI
Menjadi Penerbit ilmiah yang mapan dan cemerlang yang memacu aspirasi universiti dalam usaha memaju, menyebar dan melestarikan ilmu.

OBJEKTIF
Menghasil dan memperkasakan penerbitan ilmiah untuk memperkayakan khazanah ilmu dan menyebarkannya demi manfaat manusia sejagat serta memartabatkan Universiti Sains Malaysia.

AKTIVITI
Selain menjalankan aktiviti teras penerbitan, Penerbit USM juga berusaha mengadakan aktiviti sampingan yang boleh membantunya membina imej dan menjadi sebuah penerbit yang berwibawa dan berjaya. Antara aktiviti yang dijalankan ialah:

  • Pelancaran buku
  • Bengkel penulisan dan penerbitan
  • Jualan dan pameran buku
  • Penyertaan dalam anugerah buku
  • Usaha sama penerbitan dengan badan-badan luar
  • Promosi dan ulasan buku
   
               
 

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Hak Cipta 2011 Penerbit Universiti Sains Malaysia