SET: Cara Mudah Mengajar Topik Penyusuan Susu Ibu + USB dan Carta Flip

Topik Penyusuan

addtocart
Tajuk: SET: Cara Mudah Mengajar Topik Penyusuan Susu Ibu + USB dan Carta Flip
Pengarang: Zaharah Sulaiman, Nazirah Johar, Tengku Alina Tengku Ismail, Noraini Mohamad, Soon Lean Keng, Rusnah Yaso', Norzihan Ismail, Norbaizora Mohamad, Sharah Salleh
Harga: RM175

Cara Mudah Mengajar Topik Penyusuan Susu Ibu ini mengandungi 13 topik asas penyusuan susu ibu yang merangkumi ilmu dan teknik penyusuan serta motivasi untuk meningkatkan keyakinan para ibu bagi menjayakan penyusuan susu ibu. Topik-topik yang diketengahkan merupakan topik saranan Kementerian Kesihatan Malaysia kepada semua Hospital dan Klinik Rakan Bayi di seluruh Malaysia. Maklumat yang terdapat dalam buku panduan ini bukan sahaja sesuai untuk para ibu hamil, bahkan ia juga sesuai dijadikan rujukan selepas bersalin. Malahan, kakitangan kesihatan, perunding dan kaunselor laktasi boleh merujuk buku panduan ini dalam usaha membantu para ibu menangani masalah yang sering kali berlaku seperti kebengkakan payudara, kekurangan air susu dan masalah susu tidak keluar.

Buku panduan ini didatangkan bersama satu set lengkap bahan pengajaran yang dinamakan Kit Multimedia Pendidikan Penyusuan Susu Ibu bagi memudahkan sesi pendidikan untuk para ibu hamil sebagai persediaan menjayakan penyusuan susu ibu. Usaha menghasilkan kit ini tercetus daripada inisiatif barisan pengarang yang terdiri daripada para jururawat dan doktor perubatan yang berusaha menjayakan kempen penyusuan susu ibu dalam kalangan ibu-ibu. Kit ini terdiri daripada buku panduan, carta flip untuk rujukan ibu-ibu dan kaunselor atau pengajar, malah dilengkapi dengan pemacu pena yang mengandungi slaid multimedia, model payudara serta alat-alat sokongan pengajaran yang lain. Semua ini pastinya akan membantu ibu-ibu untuk lebih memahami dan menghayati ilmu yang disampaikan.

PAKEJ INI ANDA AKAN DAPAT

  • 1 NASKHAH BUKU 
  • 1 USB
  • 1 CARTA FLIP