Masyarakat Nusantara dalam Budaya, Warisan dan Sejarah

masyarakatnusantara

addtocart
Tajuk: Masyarakat Nusantara dalam Budaya, Warisan dan Sejarah
Editor: Nazaruddin Zainun & A. S. Hardy Shafii
Harga: RM25

Buku yang mengandungi tujuh buah makalah ini telah mendefinisikan ilmu kearifan tempatan dalam pelbagai perspektif ilmu. Kesemua perkara yang terkandung di dalamnya menyentuh aspek berkaitan masyarakat tempatan dan lingkungannya. Kekayaan budaya lokal ini tercermin melalui kajian dan penulisan makalah yang menghubungkan kearifan tempatan dengan pelbagai dimensi seperti budaya Melayu dan keturunan Jawa, seni kraf, adat perkahwinan, sosioekonomi, sosiobudaya, arkeologi, seni reka dan makanan tradisi. Selain itu, buku ini akan mengangkat kearifan tempatan sebagai potensi pelancongan dengan mengenal pasti kawasan-kawasan yang terlibat. 

Dalam penjelasan yang berbeza, ia turut dibahaskan dalam aspek tertentu dalam Islam untuk menjelaskan nilai tambah definisi kearifan tempatan itu sendiri. Tentunya, ia memberi satu pengertian bahawa kearifan tempatan itu luas sifatnya dan sumbangannya tidak terhad kepada pentafsiran dan pemahaman satu cabang disiplin ilmu sahaja. Keterbukaan inilah yang mampu membangunkan semula takrif kearifan tempatan dan menangkis paradigma-paradigma yang menyimpang daripada nilai-nilai kearifan tempatan.