Aplikasi Teknologi Dalam Kearifan Tempatan

aplikasiteknologi
addtocart

Tajuk: Aplikasi Teknologi Dalam Kearifan Tempatan
Editor: Tarmiji Masron & Zikri Muhammad
Harga: RM17

Semakin ramai masyarakat dan organisasi di seluruh dunia menyedari nilai dan kepentingan kearifan tempatan serta kepentingan pemeliharaannya untuk generasi akan datang. Kini, pusat pengetahuan kearifan tempatan ditubuhkan di kebanyakan negara bagi menghidupkan semula budaya tempatan yang hampir pupus. Usaha ini adalah selaras dengan hasrat UNESCO dalam RIO+20 untuk mengiktiraf kepentingan kearifan tempatan dan asli. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada tahun 2005 turut menyatakan keperluan penyebaran maklumat, menyediakan pangkalan data dan menerbitkan kajian berkaitan kearifan tempatan dalam format elektronik dan cetakan. Demi merealisasikan usaha ini, peranan dan fungsi teknologi maklumat perlu ditingkatkan bagi membantu dalam penyediaan kemudahan perkongsian maklumat, pengenalpastian kaedah merekod yang berkesan dan penyebaran pengetahuan tempatan dalam  kalangan masyarakat serta seterusnya penyediaan kemudahan rangkaian global untuk perkongsian kearifan tempatan. Buku Aplikasi Teknologi dalam Kearifan Tempatan ini diterbitkan sebagai satu usaha untuk mengetengahkan peranan teknologi maklumat dalam melestarikan kearifan tempatan. Adanya bahan bacaan dan rujukan yang bersesuaian seperti ini diharapkan dapat membantu proses melestarikan kearifan tempatan melalui pendekatan rentas bidang.