Koleksi Kebijaksanaan Pujangga China

koleksiPujanggaChina
addtocart

Tajuk: Koleksi Kebijaksanaan Pujangga China
Penyusun: Goh Sang Seong
Harga: RM33

Dalam kehidupan materialistik yang sarat dengan unsur sains dan teknologi, manusia makin ketandusan nilai-nilai kemanusiaan dan kejiwaan. Koleksi Kebijaksanaan Pujangga China merupakan penawarnya. Koleksi ini menghimpunkan 400 petikan terpilih daripada kitab-kitab klasik agung China yang dihasilkan oleh ahli pemikir dan falsafah yang tersohor. Mereka ialah Lao Zi, Kong Zi, Meng Zi dan Sun Zi. Petikan-petikan yang dihimpunkan ini bertemakan falsafah moral dan etika dalam bidang politik, ekonomi dan sosiobudaya. Melalui koleksi ini diharapkan pembaca dapat menggarap kebijaksanaan dan kearifan yang disampaikan oleh para ahli pemikir dan falsafah China, sekali gus menjadi panduan dalam usaha mencapai kualiti kejayaan dalam pelbagai arena yang lebih bermakna dan bermanfaat untuk agama, bangsa, nusa dan dunia secara keseluruhannya.