12 Tip Mengelakkan Ketagihan Gajet

12 Tip Mengelakkan Ketagihan Gajet
addtocart

Tajuk: 12 Tip Mengelakkan Ketagihan Gajet
Pengarang: Norzila Zakaria
Harga: RM16

Buku 12 Tip Mengelakkan Ketagihan Gajet ini adalah hasil daripada pengalaman penulis menangani anak-anak beliau dan pengalaman pengendalian kanak-kanak di Unit Bimbingan Kanak-Kanak dan Remaja, Klinik Psikiatri, Hospital USM. Kandungan buku ini memberikan fokus kepada masalah ketagihan gajet dalam kalangan kanak-kanak yang semakin parah dan menimbulkan banyak kesan buruk kepada kehidupan kanak-kanak itu sendiri serta orang di sekelilingnya. Dalam buku ini, penulis menerangkan tentang konsep ketagihan secara am, apa yang berlaku di otak dan gejala-gejala ketagihan. Seterusnya penulis memperincikan 12 tip untuk mengelakkan ketagihan gajet. Akhir sekali penulis berkongsi kaedah mudah untuk mengubah tingkah laku kanak-kanak menggunakan sistem ganjaran dan senarai semak yang ibu bapa boleh lakukan untuk mencapai matlamat bebas daripada ketagihan gajet.