Diet Prasejarah Masyarakat Pesisiran Pantai Semporna, Sabah Pada Zaman Neolitik

prasejarah
addtocart

Tajuk: Diet Prasejarah Masyarakat Pesisiran Pantai Semporna, Sabah Pada Zaman Neolitik
Pengarang: Velat Bujeng
Harga: RM20.00 ISBN: 978-967-461-354-9

Buku ini membincangkan diet atau sumber makanan masyarakat prasejarah daripada perspektif arkeozoologi. Data-data yang dibincangkan adalah hasil kajian terkini terhadap bukti arkeologi terutamanya sisa-sisa fauna vertebrata dari tapak prasejarah Bukit Tengkorak, Bukit Kamiri dan Melanta Tutup, Semporna, Sabah. Sisa-sisa fauna vertebrata yang merupakan haiwan prasejarah yang masih wujud pada epok Holosen dan telah dieksploitasi oleh masyarakat prasejarah di Semporna untuk dijadikan sebagai sumber makanan. Selain itu, buku ini turut memaparkan tingkah laku, cara hidup, pemikiran, kemahiran dan juga kreativiti masyarakat pendukung budaya Neolitik di Semporna dalam meneruskan kelangsungan kehidupan pada masa tersebut. Diharapkan buku ini dapat menjadi bahan perkongsian ilmiah kepada semua peringkat masyarakat.