• Utama
  • KENALI KAMI
  • Aktiviti dan Berita
  • LIMA JURNAL PENERBIT USM TERIMA PENGIKTIRAFAN TARAF CREAM KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI MALAYSIA

LIMA JURNAL PENERBIT USM TERIMA PENGIKTIRAFAN TARAF CREAM KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI MALAYSIA

CREAM

 

LIMA JURNAL USM TERIMA PENGIKTIRAFAN TARAF CREAM KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI MALAYSIA

Sukacitanya dimaklumkan bahawa sejumlah lima jurnal terbitan Penerbit Universiti Sains Malaysia telah dipilih menerima pengiktirafan dalam Program Pemberian Taraf CREAM oleh Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia. Pengiktirafan ini adalah sebagai galakan untuk membantu usaha meningkatkan kualiti penyelidikan dan penerbitan jurnal ilmiah di Malaysia. Jurnal-jurnal ini telah dipilih daripada pelbagai penerbit jurnal di Malaysia.

Senarai jurnal yang dipilih menerima Taraf CREAM mengikut kategori adalah seperti berikut:

Kategori Jurnal Berprestasi Tinggi – Diindeks dalam Web of Science (WoS)

Bulletin of the Malaysian Mathematical Sciences Society
Ketua Sidang Pengarang: Profesor Dato’ Dr. Rosihan M. Ali

Kategori Jurnal Berprestasi Tinggi – Diindeks dalam Scopus

Journal of Physical Sciences
Ketua Sidang Pengarang: Profesor Dr. Abdul Latif Ahmad

Tropical Life Sciences Research
Ketua Sidang Pengarang: Profesor Dr. Alexander Chong Shu Chien

Journal of Construction in Developing Countries
Ketua Sidang Pengarang: Profesor Sr. Dr. Abdul Rashid Abdul Aziz

Kategori Jurnal Berpotensi CREAM

Kemanusiaan: The Asian Journal of Humanities
Ketua Sidang Pengarang: Profesor Madya Dr. Hajar Abdul Rahim

Penyampaian anugerah tersebut telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato’ Seri Idris Jusoh, Menteri Pendidikan Tinggi pada hari Khamis, 5 Oktober 2017, jam 2:30 petang di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).