Pusat Dagangan dan Hak Cipta Kuala Lumpur (KLTCC) 2018

KLTCC merupakan satu platform anjuran Perbadanan Kota Buku yang diwujudkan bagi memperkasakan industri penerbitan dan pelesenan negara-negara ASEAN melalui perdagangan harta intelek dan penumpuan digital. Selain negara-negara ASEAN, KLTCC juga dijangka menarik penyertaan dari negara China, India, Korea dan Jepun.

KLTCC menjadi platform pertemuan penerbit, pencipta kandungan, penyedia penyelesaian dan pemain media. Matlamat utama KLTCC adalah untuk menjadi hab kandungan bagi wilayah Asia Pasifik. Selaras dengan matlamat Kota Buku, KLTCC adalah sebuah platform terbaik dalam memacu perkembangan perdagangan digital dan buku masa depan.

Bermula tahun 2018, KLTCC akan melancarkan Program Penerbit Baru untuk memperkenalkan penerbit-penerbit baharu dari negara-negara ASEAN ke pasaran Malaysia. Di samping itu, bagi menyemarakkan lagi KLTCC 2018, satu lagi elemen akan diperkenalkan iaitu Makmal Hak Cipta. Ia merupakan satu bahagian baharu yang menyediakan spektrum menyeluruh maklumat negara-negara tumpuan.

Pada tahun ini KLTCC akan berlangsung pada 30 April hingga 2 Mei 2018 bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. Seperti tahun-tahun sebelumnya, Penerbit USM akan turut menyertai KLTCC 2018 dalam usaha perdagangan dan perlesenan hak cipta serta mencari dan bertemu dengan rakan niaga baharu.

kltcc2016

Aktiviti Penerbit USM semasa KLTCC 2016 (Sumber: FB Penerbit USM)

#usmstyle #penerbitusm #usmdigital

 

Artikel Disediakan oleh: 
Noorain Aszihar
Pelajar Tahun 4
Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan (Kesusasteraan Warisan)
Universiti Malaysia Kelantan
Nota: Pelajar menjalani latihan industri di Penerbit USM