• Utama
  • KENALI KAMI
  • Visi dan Misi

Visi dan Misi

 

DASAR
Dasar Jawatankuasa Penerbitan Universiti adalah untuk memperbanyakkan penerbitan buku dan bahan ilmiah bermutu tinggi yang dihasilkan oleh para akademik dan cendekiawan bertujuan menambah khazanah ilmu, menyebar pengetahuan dan maklumat untuk manfaat manusia sejagat, dan mengangkat nama Universiti Sains Malaysia serta menyokong misinya

VISI
Menjadi Penerbit ilmiah kelas dunia yang menerbitkan produk bertaraf antarabangsa dan menyokong kelestarian sejagat dengan menyebar dan memasarkan penerbitannya secara global.

MISI
Menjadi Penerbit ilmiah yang mapan dan cemerlang yang memacu aspirasi universiti dalam usaha memaju, menyebar dan melestarikan ilmu.

OBJEKTIF
Menghasil dan memperkasakan penerbitan ilmiah untuk memperkayakan khazanah ilmu dan menyebarkannya demi manfaat manusia sejagat serta memartabatkan Universiti Sains Malaysia.

AKTIVITI
Selain menjalankan aktiviti teras penerbitan, Penerbit USM juga berusaha mengadakan aktiviti sampingan yang boleh membantunya membina imej dan menjadi sebuah penerbit yang berwibawa dan berjaya. Antara aktiviti yang dijalankan ialah:

  • Pelancaran buku
  • Bengkel penulisan dan penerbitan
  • Jualan dan pameran buku
  • Penyertaan dalam anugerah buku
  • Usaha sama penerbitan dengan badan-badan luar
  • Promosi dan ulasan buku