BERITA MAPIM

(2009)
mapim2009
HEBAHAN PERTAMA

Brosur (Maklumat Am)
Brosur (Borang)

Poster


Buletin MAPIM

bule-mapim

(2008)


::PANDUAN PENULIS::


::PROFIL PENERBIT::

KINI DALAM PASARAN






a
Cari Buku:

 

.............................................................................................................................................................................................................

Pengurusan Sisa Pepejal Bersepadu ke arah Pembangunan Mapan (SSU)

Hamidi Abdul Aziz. | 978-983-861-401-6 | RM10.00 | 2009


Masalah pelupusan sisa pepejal perbandaran semakin meruncing dari hari ke hari seiring dengan kemodenan tamadun manusia. Masalah pengurusan sisa yang tidak sempurna ini menjadi semakin serius terutamanya bagi negara sedang membangun kerana faktor pengurusan sering dikaitkan dengan kos. Proses pengurangan sisa terutamanya kitar semula atau dapat balik bahan kurang dilaksanakan kerana kebanyakannya juga berpunca daripada faktor kos. Hampir keseluruhan sisa yang dijana berakhir dengan melupuskannya di atas tanah secara tidak sanitari sebagai pilihan pelupusan utama. Kebanyakan tapak pelupusan tidak direka bentuk dengan sempurna, iaitu tiada proses kawalan larut lesapan (air sampah) serta kawalan gas.

Masalah yang serius berlaku sekiranya tapak-tapak ini terletak di hulu sungai yang menjadi sumber bekalan air. Amalan ini perlu dihentikan kerana boleh menimbulkan pelbagai masalah seperti kebakaran yang berpunca daripada pelepasan gas, pembiakan tikus, bau busuk dan yang paling biasa adalah masalah pencemaran larut lesapan. Larut lesapan terbentuk oleh proses pelupusan semula jadi yang berlaku terhadap sisa, pertambahan aliran air ke atas sisa melalui hujan, salji dan sebagainya. Persentuhan air bersama sisa ini mengakibatkan pergerakan bahan cemar organik dan bukan organik ke seluruh jasad sisa sehingga ke luar tapak sekiranya tiada kawalan dilakukan. Pereputan bahan-bahan organik menjana gas kambus tanah terutamanya gas metana dan karbon dioksida yang merupakan sumber utama gas rumah kaca. Gas metana memberi 25 kali lebih kesan rumah kaca berbanding gas karbon dioksida.

Syarahan ini membincangkan tentang peraturan asas bagi pengurusan sisa pepejal yang sepatutnya dilakukan. Perbincangan khusus yang difokuskan terhadap hierarki pengurusan sisa dalam ruang lingkup system pengurusan sisa bersepadu. Walau bagaimanapun, penekanan ditumpukan kepada aspek pelupusan sisa kerana ia merupakan isu paling utama yang dihadapi oleh kebanyakan Negara sedang membangun termasuk Malaysia.

Oleh itu, konsep pelupusan sisa sanitari yang mapan menggunakan teknologi tapak pelupusan sisa semi-aerobik yang bersifat lebih mesra alam akan diketengahkan. Pengalam penyelidikan Universiti Sains Malaysia (USM) dalam membuat pelbagai kajian tentang tapak jenis ini di Pulau Pinang akan dikongsi bersama. Kajian tentang kuatiti, komposisi dan olahan larut lesapan juga dibentengkan. Data persampelan gas kambus tanah yang amat penting dalam perlaksanaan proses Mekanisme Pembangunan Bersih (Clean Development Mechanism, CDM) akan turut dikongsi. Banyak yang boleh dipelajari dan dicadangkan hasil daripada kajian ini, lebih-lebih lagi dari aspek olahan larut lesapan yang boleh dipratikkan di negara kita. Dua loji olahan larut lesapan yang telah berjaya dibina dan beroperasikan hasil daripada penyelidikan USM merupakan antara manifestasi kejayaan penyelidikan ini. Kaedah pengurusan sisa pepejal yang unggul untuk Negara kita juga dicadangkan pada akhir syarahan ini.

 

 

 

Dapatkan Buku-Buku (judul terpilih) terbitan Penerbit USM di rangkaian Kedai Buku MPH, Popular Book Stores, Kinokuniya Book Stores (KLCC), BORDERS, Koperasi Kedai Buku USM Bhd (Book Garden) - 6 cawangan , Koperasi Kedai Buku Universiti Malaya, Taman Buku USM atau buat pesanan pembeliaan melalui laman web Penerbit USM atau e-Kedai.Net (pembayaran melalui Kad Kredit) atau hubungi pengedar-pengedar sah buku berdekatan.

.............................................................................................................................................................................................................

 


 



KATALOG | BORANG PESANAN | ORDER FORM (english)

Mengikut: Pengarang | Tajuk | Tahun |

 


a


 

 

Cadangan:
Pantadbir web


Penerbit USM, Universiti Sains Malaysia, 11800 USM, Pulau Pinang
Telefon: 604-6534421/6534420 Faks: 604-6575714 E-mel: penerbit@notes.usm.my
Hak cipta © 2008 Penerbit Universiti Sains Malaysia