Hubungan Politik dan Sosiobudaya China-Dunia Melayu Hingga Kurun ke-15 Masihi

Tajuk: Hubungan Politik dan Sosiobudaya China-Dunia Melayu Hingga Kurun ke-15 Masihi
Editor: Nazaruddin Zainun, Nasha Rodziadi Khaw
Harga: RM40.00

hubungan6

Buy now button with a shopping cart on white background.

Payment accepted:
u_banklogo

Delivered by:
u_poslogo

 

Sejak kurun ke-2 Masihi, telah mula muncul kota-kota awal di sekitar pesisir Semenanjung Tanah Melayu. Hampir kesemua kota ini berfungsi sebagai pusat pelabuhan yang diapit oleh dua kuasa besar iaitu China dan India. Oleh sebab lokasi kerajaan-kerajaan Melayu awal yang amat strategik, kota-kota ini telah menjadi pusat persinggahan serta pusat pengumpulan dan pengedaran komoditi asing, terutamanya oleh pedagang-pedagang dari China. Kerajaan-kerajaan ini antaranya termasuklah kerajaan Tan-Tan, Pan-Pan, Ch’ih-Tu, Fo-Lo-An, Langkasuka, Kedah Tua dan Lo-Yueh. Sumber bertulis yang memberi gambaran tentang kerajaan-kerajaan ini kebanyakannya adalah daripada sumber China. Hal ini secara jelas menunjukkan bahawa telah wujud perhubungan yang rapat dan berkesinambungan antara China dengan Dunia Melayu dalam satu jangka masa yang panjang. Buku Hubungan Politik dan Sosiobudaya China-Dunia Melayu Hingga Kurun ke-15 Masihi ini menggarap beberapa isu penting tentang hubungan antara China dengan kerajaan-kerajaan di Semenanjung Tanah Melayu daripada aspek politik dan sosiobudaya. Perkara yang diberi perhatian termasuklah huraian daripada aspek sumber China, persepsi orang China tentang kerajaan-kerajaan Melayu, hubungan pemikiran awal, bentuk hubungan yang wujud serta kesan perubahan dasar politik China kepada perkembangan kerajaan-kerajaan Dunia Melayu.

Filed in: Terbitan Terkini

You might like:

ENAM JURNAL USM TERIMA TARAF CREAM ENAM JURNAL USM TERIMA TARAF CREAM
[Pre-Order] Aplikasi Modul Pendidikan Kesihatan Reproduktif: Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran [Pre-Order] Aplikasi Modul Pendidikan Kesihatan Reproduktif: Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran
Proofreading 101 Siri 2 anjuran Penerbit USM mendapat sambutan hangat Proofreading 101 Siri 2 anjuran Penerbit USM mendapat sambutan hangat
Hubungan Politik dan Sosiobudaya China-Dunia Melayu Hingga Kurun ke-15 Masihi Hubungan Politik dan Sosiobudaya China-Dunia Melayu Hingga Kurun ke-15 Masihi
© 2017 Penerbit Universiti Sains Malaysia (USM Press). All rights reserved. XHTML / CSS Valid.
Proudly designed by Theme Junkie.