Pembelian Buku/Jurnal

1) Bagaimana saya ingin membuat pesanan, penempahan atau pembelian buku?

Jawapan:
Pesanan, penempahan atau pembelian buku dan bahan terbitan boleh dibuat melalui telefon iaitu talian 04-6534420 atau talian 04-6534421 atau email kepada penerbit@usm.my, pelanggan juga digalakkan berhubung terus dengan khidmat pelanggan bahagian Pemasaran & Taman Buku di talian 04-653 4432 atau 04-653 4953 untuk membuat pesanan, penempahan atau pembelian.

2) Dimana saya boleh mendapatkan buku-buku selain di Penerbit USM?

Jawapan:
Buku-Buku Penerbit USM juga boleh didapati melalui wakil pengedar-pengedar sah dan juga melalui pengedar rasmi online. Pengedar utama Penerbit USM adalah Koperasi Kedai Buku USM dan MPH Distributor disertakan pengedar rasmi online Penerbit USM. Harga buku dan diskaun tertakluk kepada pengedar-pengedar tersebut.

www.karyausm.my
www.bukumalaysia.com.my
www.mphonline.com.my

3) Bagaimana ingin membuat pembayaran setelah pesanan atau penempahan yang dibuat melalui telefon dan email?

Jawapan:

Pesanan atau penempahan yang telah dibuat bolehlah membuat pembayaran melalui beberapa kaedah di antaranya dengan mengunakan kaedah konvesional melalui perkhidmatan pos, bayaran dengan bayaran cek berpalang/bank draf/kiriman wang pos hendaklah di buat atas nama Bendahari Universiti Sains Malaysia. Sila lihat seperti contoh di bawah:

 WangPos
Peringatan: Sila tulis atas nama Bendahari Universiti Sains Malaysia bagi cek berpalang/bank draf/kiriman wang pos

Sila membuat pengiriman bayaran cek berpalang/bank draf/kiriman wang pos kepada alamat rasmi Penerbit USM iaitu:

Penerbit Universiti Sains Malaysia
Universiti Sains Malaysia
11800 USM, Pulau Pinang
Malaysia.

Pesanan atau penempahan yang telah dibuat juga membuat pembayaran melalui telegraphic transfer (bagi pelanggan domestik)  ke akaun bank rasmi Universiti Sains Malaysia seperti butiran di bawah:

CIMB Bank Berhad (Cawangan Universiti Sains Malaysia)
Nombor Akaun: 98986100900009

Pesanan atau penempahan yang telah dibuat juga membuat pembayaran melalui international wire transfer (bagi pelanggan luar negara)  ke akaun bank rasmi Universiti Sains Malaysia seperti butiran di bawah:

CIMB Bank Berhad (Cawangan Universiti Sains Malaysia)
Nombor Akaun: 98986100900009
Swift Code: CIBBMYKL

4) Berapa lama tempoh penghantaran pesanan, penempahan atau pembelian dengan Penerbit USM?

Jawapan:
Penghantaran hanya akan dibuat selepas bukti pembayaran diterima dan di semak dengan bendahari. Bukti pembayaran boleh di faks di talian 04-653 4431 atau emel kepada penerbit@usm.my

Tempoh penghantaran adalah 7 hari bekerja bagi Semenanjung Malaysia dan 14 hari bekerja bagi Sabah dan Sarawak. 

5) Prosedur pemulangan atau pengantian disebabkan buku rosak?

Jawapan:
Pemulangan atau penggantian buku hanya akan dipulangkan disebabkan buku mengalami kecacatan, helaian muka surat tidak lengkap dibenarkan. Tempoh pemulangan adalah selama 20 hari dari tarikh aduan yang dibuat individu. Setiap pemulangan atau pengantian hendaklah disertakan dengan resit pembayaran.

© 2017 Penerbit Universiti Sains Malaysia (USM Press). All rights reserved. XHTML / CSS Valid.
Proudly designed by Theme Junkie.