ANUGERAH KULIT BUKU CANTIK PBAKL 2018

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang ke-37 (PBAKL 2018) akan berlangsung tidak lama lagi dari 27 April hingga 6 Mei 2018 dan sekali lagi akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Anugerah Kulit Buku Cantik merupakan salah satu acara yang buat pertama kalinya diperkenalkan sempena PBAKL 2018.
anugerahkulitbukutercantek

Penerbit USM telah menghantar empat judul terbitannya untuk pencalonan Anugerah Kulit Buku Cantik ini. Pemenang anugerah adalah berdasarkan undian dan penyenaraian pendek. Undian boleh dibuat dengan mengklik pautan berikut:

Kompilasi Kisah Masalah Pembelajaran oleh Norzila Zakaria
https://goo.gl/ZhUF4c

Pantun dari Tujuh Tanjung oleh Muhammad Haji Salleh
https://goo.gl/sBBXYQ

Dunia Maritim Dalam Pemikiran Arena wati oleh Suhaimi Abdul Aziz dan Fatihah Che Mat (Editor)
https://goo.gl/etKgK5

Sangeetha Dalam Kritikan oleh Siti Hajar Che Man (Editor)  
https://goo.gl/sJgib3

 

Artikel Disediakan oleh: 
Nurul Atikah Mamud
Pelajar Tahun 4
Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan (Kesusasteraan Warisan)
Universiti Malaysia Kelantan
Nota: Pelajar menjalani latihan industri di Penerbit USM